ABOUT POST TAG CREDS +
about


if you think you're better than me, then show it.
because i hate cowards.







kalau dan pilihan. // Sunday, July 3
9:35 AM
hai. ketika aku menulis ini, pada saat ini, jam menunjukkan pukul 12:26 pagi. dan aku masih mulakan penulisan entri ini tanpa sebarang tajuk dalam kepala aku. ini sangat free flow kerana jujur, aku tidak ada apa untuk diceritakan. tapi perasaan ingin menulis itu datang secara tiba-tiba dan sekarang aku sedang menaip tanpa berhenti kerana aku perlu luah dan muntah. kadang-kadang suara yang tidak disuarakan boleh buat aku gila.

sekarang aku luah dan muntah dan kau, siapa-siapa yang sedang membaca kau dengar. selepas kau dengar, kau ada pilihan untuk baca sekali lagi entri ini dan cuba cari apa yang aku cuba sampaikan atau kau boleh tutup laman ini dan lupakan apa yang telah kau baca beberapa minit yang lalu.

kau ada pilihan.

pilihan.

pilihan?

semua ini kau baca dalam nada yang berbeza.

yang pertama mungkin kau baca dengan nada yang memaksa.

yang kedua mungkin kau baca dengan nada tertanya-tanya.

kenapa dengan pilihan?

benda kecil ini boleh bagi aku hidup macam yang aku mahu atau boleh jahanamkan aku sebaik mungkin. dan kau, aku dan kita ada pilihan untuk pilih yang mana kita mahu.

kau pilih yang jahanam atau yang macam kau mahu?

macam mana kalau yang kau mahu itu juga jahanam?

dan bagaimana  kalau yang kau rasa jahanam itu adalah yang boleh bagi kau baik dan bahagia?

statements kalau. kau tak pasti atau kau mungkin indecisive atau kau malas nak campur dalam apa jua situasi 'kalau' yang sedang kau hadapi.

so, sekarang,

macam mana kalau aku buat pilihan itu, aku akan jahanam dan tak macam yang aku mahukan?