emosi, diam dan refleksi. // Thursday, August 11
|
3:15 AM |
aku baring di atas tilam, bercadarkan kain yang lagi hitam, kelam, kelam, hitam, aku diam. mendengar deru nafasku, jantung laju menghentam, dada aku rasa mahu pecah, mahu hilang, kemudian tenggelam. aku dengar, seretan kerusi teman rumahku, selakkan kertas, demi kertas, memecah hening petang suram. aku fikir, kenapa aku diam? aku fikir aku tak pandai berbicara, ketika emosi sedang luah membuak, ketika emosi itu menjalar di setiap tubuh aku, berkata-kata ketika beremosi, aku belajar dari yang lalu, ia tak pernah berakhir dengan baik. apa yang keluar semua benci, apa yang keluar semua emosi, apa yang keluar semua caci maki, apa yang keluar semua akan buat kau sesal di penghujung hari. berhenti, berhenti, berhenti, aku berdiri, cuba berundur pergi, tapi masih tegak sambil beremosi, dan aku nampak refleksi, diri aku yang satu lagi, yang satu lagi mula melangkah menghampiri, bibir merekah, bergerak cuba berkata-kata, bila aku hampiri, yang keluar hanya api, kau hanya marah dan benci, itu kata refleksi. |

Older entries