sendiri. // Wednesday, August 3
|
8:53 AM |
sebelum ini aku pernah tulis yang aku suka bersendirian. di sini, aku mahu beritahu lagi. ya, aku memang suka bersendirian. jika bersendirian itu satu dosa, maka akulah pendosa. banyak benda aku mahu luah. banyak benda aku nak cerita. tapi sayang, aku bukan jenis terbuka. aku itu banyak lapis. kau buka satu lapis, kau jumpa lagi sejuta. separuh jalan kau cuba rungkai aku, kau mengalah. sebab aku susah. sebab aku payah. mungkin sebab itu banyak orang jauh dari aku. kau beritahu aku, siapa yang mahu dekat dan kenal dengan orang yang suka bersendiri dan rahsia dia setinggi langit ke tujuh? tiada. siapa yang mahu penat emosi cuba faham orang yang macam aku. aku sendiri penat untuk cuba faham diri aku. aku rasa aku sudah biasa hidup dengan rasa ditinggalkan orang. mungkin sebab itu aku ada masalah untuk percayakan manusia. aku bukan paranoia. aku cuma hati-hati. banyak orang putus asa dengan aku kerana mereka tak faham aku, mereka tinggal aku. pengakhirannya, aku sendiri. mungkin aku memang ditakdirkan begitu. untuk sendiri. kau tahu, aku kadang-kadang bodoh. aku cuba baik dengan semua orang tapi aku mungkin gagal sedikit. sebab semua orang yang aku buat baik, semua celakakan aku. semua take for granted kebaikan aku tapi aku biar semua itu lalu macam angin dan senyum sebab aku tahu pengakhiran aku memang macam itu. digunakan orang. jujur aku kata, kadang-kadang aku sendiri penat dengan diri aku. kadang-kadang aku nak berhenti jadi diri aku. boleh? aku penat emosi. emosi aku penat cuba penuhi aku yang selalu kosong. dan orang sekeliling aku penat hendak faham emosi aku walaupun mereka tak pernah dan tak pernah cuba. aku rasa cuma aku sahaja yang cuba faham. yang lain cuma pura-pura. aku tak mahu orang yang beri nasihat pada aku. aku mahu orang yang faham aku. faham emosi aku. faham yang aku paling benci diambil kesempatan. dan aku paling benci orang yang tak menghargai orang lain. aku pembenci dan aku pendosa dan aku suka bersendiri. aku mungkin kelihatan seperti seorang yang di garisan lupa Tuhan, tapi aku tak akan lupa Dia yang selalu ada dengan aku ketika aku di hujung emosi aku. aku bersendiri bukan sebab aku benci semua. aku bersendiri sebab aku perlu masa untuk kembali pada diri aku dan ingatkan diri ini yang diri yang diri aku kenal bukan perempuan yang mudah mengalah kepada orang yang tak menghargai dia. diri aku cuba ingatkan diri ini yang aku perempuan yang penuh dengan maruah. pride dan ego aku mencecah langit kerana aku ada pendirian dan pendirian aku teguh, kau harus dengar. dan aku adalah perempuan yang kuat. |

Older entries