Tuhan dan kawan. // Monday, August 22
|
1:49 AM |
aku baru pulang dari kelas. dan rasa hendak tulis tu tiba-tiba datang membuak-buak. mungkin minggu lepas terlalu penat, fizikal dan mental. dan waktu itu aku terlalu ditelan dengan rasa sampai jari-jemari aku beku ketika hendak menulis. sekarang, baru tangan laju hendak cerita semua. semua, mungkin juga tidak. ikutlah, yang mana aku rasa sesuai untuk dihadam otak manusia dan mana yang aku perlu simpan rapi dalam ingatan aku. neutral milk hotel mencabul gegendang telinga aku dikala aku menulis entri ini. band yang aku baru temui beberapa hari yang lalu tapi sayang, album terakhir mereka adalah pada tahun aku lahir, 1998. kemudian mereka diam. tiada angin, tiada ribut. sayang, sebab lagu-lagu mereka semua sedap di telinga aku. cukup tentang band lama yang aku baru jumpa. minggu lepas, aku dengar cerita. cerita tentang bagaimana seorang hamba Allah yang susah dan perit hidupnya tapi akhirnya berjaya dalam kehidupan. hanya dengan usaha gigih, redha dari ibu bapa dan redha dari Tuhan. aku ingat lagi kata-kata orang ini; "Hubungan dengan Tuhan, kamu kena jaga." ini mungkin pesanan paling banyak aku dengar sebelum aku berangkat ingin belajar di tempat orang, di tempat baru. aku datang belajar, lillahita'ala. hanya kerana Allah semata-mata. datang sini aku nak cari ilmu baru, nak belajar ilmu baru. aku harap Allah permudahkan semua urusan aku di sini. itu ayat yang aku asyik tutur di bawah nafas. "Tuhan, beri aku kekuatan, ya Allah." sebelum ini aku pernah tulis yang selepas aku jauh dari ibu dan ayah, aku bergantung segala-galanya kepada Tuhan sebab aku tahu Tuhan selalu dengar dan Tuhan selalu ada dekat dengan aku. sebab itu pergantungan aku kepada Tuhan sangat tinggi. bila aku ke sini, bohong aku cakap yang aku tak sunyi. aku tinggal kawan-kawan yang aku kenal dari kecil. datang ke sini, dan perlu ulang kembali proses mencari rakan. sepanjang aku hidup, buat kawan dan berkawan bukanlah satu proses yang senang untuk aku. aku sangat tertutup orangnya. hanya yang berani dan lain sahaja yang mampu pecahkan dinding yang aku bina. aku ucap tahniah. mungkin aku yang mereka lihat selama ini bukan aku. mungkin itu orang lain. mungkin itu orang yang aku cuba lakonkan. mungkin, mungkin. banyak mungkin, mungkin tu mampu bunuh. mungkin itu mampu buat kau sedih. aku datang sini. aku banyak kawan. tapi mereka sekadar kawan. kawan yang aku boleh cakap setiap hari, yang aku perlu komunikasi hanya untuk terus hidup. tapi kawan yang faham aku? kawan yang aku boleh ajak sembang pasal buku pelik yang aku nak baca. muzik baru dan pelik yang aku jumpa? payah. aku belum jumpa. dan kadang-kadang aku sunyi sebab itu. tapi aku fikir kalau sebelum ini aku mampu hidup tanpa kawan yang benar-benar kawan, sudah tentu aku mampu bertahan dengan yang ini. mungkin terlalu awal untuk aku berkata ini. tapi aku harap nanti, sebelum aku keluar dari sini, aku jumpa orang itu yang boleh aku ajak baca buku pelik yang aku baru jumpa, muzik lama dan pelik yang baru aku jumpa dan filem indie yang aku jumpa. aku harap suatu hari aku jumpa orang itu. |

Older entries