kelas, luah dan jujur. // Thursday, January 26
|
1:54 AM |
hai. hari ni dalam kelas psychology, pensyarah aku buat sesi confession. sort of. mungkin sebab kelas aku selalu bertikam lidah sangat kot haha. tapi aku rasa sesi confession macam baik. baik untuk fizikal dan mental sebab aku jenis orang yang tak percaya dengan mengata dekat belakang akan mengubah apa-apa atau siapa-siapa. bila pensyarah aku minta seorang volunteer, aku ke depan. aku ke depan bukan kerana aku ada banyak benda nak dikatakan. aku ke depan mungkin sebab aku nak orang selepas aku pun buat benda yang sama. aku panggil seorang classmate aku. aku cakap aku takdak apa-apa untuk minta maaf dari dia sebab aku tak buat dosa dekat dia haha. tpi jujur, kawan aku ni adalah someone yang kau tak akan pernah mengata dia sebab baik dia, ya Tuhan, kadang-kadang aku rasa macam jahat gila. dan aku cakap terima kasih dekat dia sebab selalu study and ajar aku benda-benda yang aku tak berapa faham. sebab bila aku tengok dia study, aku pun rasa nak study jugak haha. aku bukanlah pemalas sangat tapi kadang-kadang tu suka lengah-lengahkan benda. bila sampai giliran dia cakap maaf dan terima kasih dekat aku, dia buat aku terfikir. dia cakap dia berterima kasih dekat aku sebab aku ajar dia cara nak cari kawan yang betul-betul kawan. aku pernah cakap something pasal kawan yang membuatkan dia terfikir. aku diam. aku tak tahu nak respon macam mana. sebab aku tak tahu yang benda-benda yang keluar dari mulut aku ni sebenarnya bagi seseorang berfikir. sebab aku selalu rasa yang tiada siapa pun dengar apa yang aku cakap. itu salah satu alasan untuk aku banyak menulis. melalui tulisan, aku rasa apa yang aku nak sampaikan lagi dekat dan lekat pada hati-hati manusia. tapi bila kawan aku cakap macam tu, aku tergamam sebab aku tak pernah sangka apa yang aku cakap akan lekat dekat fikiran seseorang. waktu tu aku sedar yang semua butir perkataan aku tu mungkin mampu ubah persepsi seseorang. fikiran seseorang. aku bukanlah seseorang yang ekspresif tapi kalau ada insan yang kenal aku secara peribadi dan tahu tentang sesi hari ni, aku cuma nak kata pertemuaan dan pengenalan dengan semua dua puluh tujuh orang ciptaan Tuhan dalam tempoh masa satu tahun ni adalah aturan yang sangat berharga untuk aku. dan kita selalu berselisih faham dan bertikam lidah tapi aku tahu di bawah hati-hati kecil semua ciptaan Tuhan yang sempurna ni masih ada rasa sayang dan gembira dengan semua aturan ini. mungkin sekarang ada sesetengah tak rasa apa-apa tapi aku janji suatu hari nanti semua kenangan ni akan lintas depan mata dan minda kau dan kau akan senyum sebab tak semua benda gembira buat kau tersenyum. yang sedih pun boleh buat kau tersenyum, bittersweet. kalau aku kena pilih satu perkataan untuk describe kelas aku, bittersweet. aku akan pilih bittersweet. sebab itu yang aku selalu rasa. kadang-kadang pahit, kadang-kadang manis. yang manis aku simpan dan jaga. yang pahit juga aku simpan dan jaga sebab yang pahit tu akan mengingatkan aku pada persahabatan yang sebenar. pensyarah aku tanya apa nasihat yang aku bagi dekat kawan aku pasal persahabatan. aku cakap "kawan tu adalah orang yang bukan selalu curah kita dengan sweet, unicorns, rainbows and la la land tapi kawan adalah orang yang nasihat dan tegur kita bila kita buat salah. kawan adalah orang yang akan cakap benda betul insted of sugar coated everything sampai kita rasa kita tak pernah buat salah. kawan adalah orang yang tunjuk the other side of us yang kadang-kadang kita taknak pergi, which is our bad side. itu baru kawan yang betul." aku cuma kecewa dalam sesi hari ni, ada jiwa-jiwa dilindungi Tuhan tidak pergi ke depan dan berkata-kata sesuatu yang aku tahu mereka tergapai-gapai hendak luah. sebab aku tahu ada jiwa-jiwa yang ingin katakan sesuatu tapi buat keputusan untuk tidak. aku tak tahu kenapa tapi di sini, saat macam nilah masa yang paling sesuai untuk kau berkata-kata jujur dan bersih tentang semuanya. ini perantaraan paling elok boleh kau buat untuk minta maaf, memaafkan, berterima kasih dan menerima kasih dari manusia lain. berkata-kata jujur adalah sesuatu yang semakin hilang dalam diri kita. adakah berat untuk berkata jujur di hadapan manusia lain? |

Older entries